Ingin anjur kenduri atau majlis perkahwinan? Ini SOP yang perlu dipatuhi...

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penganjuran majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan lain-lain dikeluarkan pada Isnin.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah had kapasiti kehadiran pengunjung seramai 250 orang. -Gambar hiasan | Astro Awani
Kementerian Perpaduan Negara pada Isnin mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran majlis sosial termasuk kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan.

Ia dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bersetuju penganjuran majlis tersebut boleh dilaksanakan.

Menurut kenyataan media kementerian itu, garis panduan berkenaan dikeluarkan sebagai garis panduan untuk para penganjur yang ingin menganjurkan majlis-majlis sosial tersebut semasa tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah had kapasiti kehadiran pengunjung seramai 250 orang (mengikut saiz ruang majlis) dengan mewajibkan penjarakan sosial dilaksanakan dan tempoh penganjuran yang dibenarkan juga adalah selama tiga hingga lima jam.

SOP ini juga terpakai untuk penganjuran kenduri atau majlis perkahwinan atau lain-lain majlis sosial di rumah ibadat bukan Islam.

Antara isi kandungan lain SOP ini adalah seperti berikut:

i. Majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.

ii. Hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan.

iii. Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan.

iv. Tetamu dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis



.
.