ILS perlu dibincang di meja rundingan - Anthony Loke

Menteri Pengangkutan enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan balas negara jiran itu, sebaliknya mahu ia diselesaikan secara rundingan.

ANTHONY: Enough said! | Astro Awani
Malaysia berpendirian untuk menyelesaikan isu melibatkan rancangan Singapura untuk memperkenalkan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) secara bersama dengan negara terbabit, ujar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau pada masa sama enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan balas negara jiran itu, sebaliknya mahu ia diselesaikan secara rundingan.

Enough said about that issue. Saya rasa, biarkan kedua-dua negara duduk berbincang dan berunding mengenai isu berkenaan,” katanya kepada media selepas melancarkan Perkhidmatan Kebudayaan dan Infrastruktur Mesra Keluarga dan Warga Emas di Tingkat 3A, Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Malah katanya, penjelasan dan pendirian Malaysia telah dinyatakan dalam satu kenyataan sebelum ini dan sebarang rundingan akan dibuat pada Januari depan.

Enough said. We have met our point. Kita telah mengeluarkan kenyataan dengan video untuk menjelaskan pendirian kita.

“Apa jua isu teknikal dan sebagainya kita serahkan kepada kedua-dua pihak dan pertemuan akan diadakan Januari ini,” tambahnya.

BACA: ILS tidak timbulkan risiko keselamatan di Pelabuhan Pasir Gudang - Singapura

BACA: Malaysia tak akan beralah dengan Singapura - Liew

BACA: Pelabur tidak perlu bimbang mengenai ketegangan antara Malaysia-Singapura

Kementerian Pengangkutan pada Rabu, menerbitkan sebuah video untuk menjelaskan mengapa kerajaan membantah protokol pendaratan baru pesawat di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Isu berkenaan timbul apabila lapangan Terbang Seletar berkeras untuk melaksanakan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS), yang akan membolehkan pesawat terbang dengan selamat walaupun dengan jarak penglihatan yang kurang baik.

BACA: Malaysia dan Singapura seperti kembar - Tun Mahathir

BACA: Dakwaan Singapura tidak tepat, had Pelabuhan JB tidak ceroboh ke Singapura

TONTON: Malaysia bantah tindakan Singapura siarkan tatacara ILS