Hari lahir ke-95: Tun M ucap terima kasih kepada semua termasuk Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan hari lahirnya ke-95 hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan hari lahirnya yang ke-95 hari ini. - Gambar fail/Astro AWANI | Astro Awani
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan sempena hari lahirnya yang ke-95 hari ini.

Tidak terkecuali, ucapan terima kasih turut diberikan kepada seteru politiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi antara yang terawal mengucapkan selamat hari lahir itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan hari lahir ke-95 saya. Saya sangat menghargainya. Malah, Datuk Seri Najib juga memberi ucapan, saya ucap terima kasih kepadanya," katanya melalui rakaman video ucapan penghargaan sempena Ulangtahun kelahiran ke-95 beliau hari ini.

BACA: Najib ucap 'Selamat Hari Lahir ke-95' buat Tun M

Menurut Dr Mahathir, setiap ucapan yang diberikan cukup bermakna baginya dan menandakan masih ramai yang mengingatinya.

"Saya juga nak terima kasih kepada semua kerana ucapan ini sangat penting kerana menandakan saya masih diingati oleh ramai orang.

"Walaupun ini adalah hari lahir saya, dan mengingat hari lahir saya adalah sesuatu yang boleh jangkakan dan tidak jangkakan untuk dilakukan. Namun ramai orang yang memberikan ucapan," tambahnya.

Sumber Facebook TunDrMahathir