Harga RON97 turun lapan sen, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 turun lapan sen kepada RM2.41 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 7 Feb.

KUALA LUMPUR:Harga runcit petrol RON97 turun lapan sen kepada RM2.41 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 7 Feb.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.11 dan RM2.18 seliter.

"Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.19 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.26 seliter.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," katanya.

Kementerian itu turut memaklumkan dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk berkenaan, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 1 hingga 7 Feb 2020 berjumlah RM10.43 juta.

-- BERNAMA