Harga RON95, RON97 naik 7 sen, diesel naik 3 sen

Menurut Kementerian Kewangan, kenaikan itu dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia kini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Gambar fail | Astro Awani
Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 7 sen bermula 12 tengah malam nanti (11 Julai 2020).

Ini menjadikan harga RON95 yang sebelum ini berharga RM1.65 seliter, meningkat kepada kepada RM1.72 seliter.

Manakala harga RON97 pula akan menjadi RM2.02 seliter, berbanding harga sebelumnya iaitu RM1.95 seliter.

Harga runcit bagi diesel pula naik sebanyak 3 sen seliter, iaitu daripada RM1.84 seliter, kepada RM1.87 seliter.

Harga tersebut adalah bagi tempoh 11 Julai 2020 sehingga 17 Julai 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Jelas kenyataan itu, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.