Hanya jeritan Allahuakbar, bapa temukan bayi 9 bulan maut tertinggal dalam kereta

Seorang bayi berusia 9 bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, di sini pada tengah hari tadi.

Hanya jeritan Allahuakbar, bapa temukan bayi 9 bulan maut tertinggal dalam kereta | Astro Awani
Seorang bayi berusia 9 bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, di sini pada tengah hari tadi.

Kejadian berlaku di tapak parkir kompleks tersebut yang disedari bapa mangsa apabila hendak keluar dari pejabat untuk makan tengahari kira-kira jam 1 tengahari.

Ketika hendak masuk ke dalam keretanya, bapa mangsa menyedari anaknya terbaring kaku berada di kerusi bayi di bahagian belakang, bapanya yang panik hanya mampu menjerit Allahuakbar dan jeritannya didengari orang awam berhampiran.

Kejadian berlaku akibat terlupa mangsa masih berada didalam kenderaan setelah menghantar dua anaknya ke sekolah dan menghantar isterinya ke tempat kerja.

Sepatutnya mangsa dihantar ke pusat jagaan bayi sebelum bapanya pergi kerja sekitar jam 9 pagi.

Bayi itu kemudian dibawa bapanya ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota sebelum disahkan meninggal dunia.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Forensik Hospital Tengku Aampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamed Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian kes disiasat dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.