Fasiliti kesihatan lengkap penting bagi operasi penjara, pusat tahanan

Langkah meletakkan doktor bertauliah sebagai sebahagian daripada operasi di pusat tahanan adalah baik kerana mereka boleh memberi respons segera.

Suhakam berkata, ada protokol yang diamalkan di pusat tahanan dan penjara tetapi ia masih tidak mencukupi melihat kepada kesesakan di pusat-pusat ini. | Astro Awani
Fasiliti kesihatan yang lengkap dan mencukupi adalah prasarana penting dalam operasi mana-mana pusat tahanan atau penjara.

Ini bagi memastikan respons segera kepada apa-apa situasi kecemasan kesihatan dapat dilakukan dengan pantas dan cekap.

Demikian saranan dibuat Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph.

"Ketika ini, doktor di pusat hanya ada dua atau tiga pembantu.

"Namun ia tidak mencukupi kerana bilangan orang (dalam pusat tahanan atau penjara) adalah ramai.

"Oleh itu, langkah meletakkan doktor bertauliah sebagai sebahagian daripada operasi adalah baik kerana mereka boleh memberi respons segera," kata beliau.

Tambahnya, ini menunjukkan ada protokol yang diamalkan tetapi ia masih tidak mencukupi melihat kepada kesesakan di pusat-pusat ini.

Jerald berkata demikian pada sesi temu bual Consider This di Astro AWANI pada malam tadi.