Elak sengketa politik, utamakan usaha bina semula ekonomi negara

Kejatuhan harga minyak dan komoditi dalam pasaran dunia dijangka menekan dan menyesakkan nafas ekonomi Malaysia sekali gus akan mengurangkan kuasa beli rakyat.

Elak sengketa politik, utamakan usaha bina semula ekonomi negara | Astro Awani
MALAYSIA dilaporkan merupakan negara yang paling berjaya dalam menawan serangan pandemik COVID-19 dalam masa yang singkat.

Malah Malaysia mendahului negara-negara maju termasuk Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Perancis, Itali dan Jerman dalam mencegah wabak COVID-19.

Kejayaan Malaysia mendapat penghargaan daripada negara-negara luar serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Namun, Malaysia terpaksa berhati-hati terhadap gelombang kedua penularan virus COVID-19 pada masa-masa akan datang.

Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan bahawa penularan COVID-19 telah mengubah dan meruntuh keseluruhan sistem kehidupan rakyat.

Malah ia memberi impak yang besar kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah atau golongan B40.

Antara impak ketara yang perlu didepani pasca COVID-19 adalah kesan pandemik itu terhadap sistem sosial dan ekonomi negara yang meliputi sistem pekerjaan, pendidikan malah pergaulan sosial.

Dalam sektor sosial, rakyat perlu menerap normal baharu dalam sikap dan cara melaksanakan kerja-kerja harian mereka bersandarkan prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Rakyat disaran mengubah tabiat mereka yang lazim dilakukan di tempat kerja, pergaulan malah beribadat supaya dapat mengelakkan daripada jangkitan dan penularan virus COVID-19.

Antara normal baharu yang disarankan di dalam SOP adalah penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka (face mask), mengelakkan perhimpunan ramai-ramai dan sebagainya.

Normal baharu ini akan menjadi budaya kehidupan rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Cabaran ekonomi

Dalam pada itu, rakyat dan negara juga dijangka berdepan pelbagai masalah dan cabaran dalam bidang ekonomi.

Memandangkan ekonomi Malaysia bersandarkan kepada orientasi eksport, maka kelembapan ekonomi global kesan COVID-19 akan memberi impak yang signifikan kepada prestasi ekonomi Malaysia.

Meskipun kerajaan menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (Prihatin) untuk membantu kelangsungan ekonomi negara serta kehidupan rakyat, para penganalisis ekonomi menjangka masalah pengangguran pasti akan timbul secara meluas di dalam negara akibat wabak COVID-19.

Meskipun kerajaan melancarkan Program Pengekalan Pekerja (ERP) untuk menjamin kelangsungan pekerjaan, media melaporkan lebih dua  juta rakyat dijangka menghadapi masalah kehilangan kerja dalam negara.

Sehubungan itu, kadar pengangguran di Malaysia dijangka melonjak daripada 3.4 peratus pada masa kini kepada kadar yang lebih tinggi dalam sedikit masa lagi.

Pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor minyak dan gas, pelancongan termasuk perhotelan, penerbangan, lapangan terbang malah pekerja kilang, pekerja yang terlibat dalam perniagaan termasuk perniagaan pasar malam dan perniagaan runcit akan menghadapi masalah kehilangan kerja yang turut menimbulkan masalah kehilangan  pendapatan untuk menyara kehidupan mereka dengan selesa (decent) seperti yang dinikmati sebelum COVID-19.

Sektor perkhidmatan dijangka terkesan pada era pasca COVID-19. Mengikut laporan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sektor perkhidmatan, selaku pemacu utama pertumbuhan ekonomi yang menyumbang sekitar 53.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang disasarkan mencecah 58 peratus menjelang 2020, dijangka tersasar kerana impak COVID-19.

Tambahan pula, kejatuhan harga minyak dan komoditi dalam pasaran dunia dijangka menekan dan  menyesakkan nafas ekonomi Malaysia sekali gus akan mengurangkan kuasa beli rakyat.

Menyedari masalah dan kesulitan yang rakyat akan hadapi, khususnya  golongan pendapatan sederhana dan rendah, maka kerajaan telah menyediakan pakej rangsangan ekonomi termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BNP) untuk membantu peniaga serta rakyat dalam mengurangkan beban mereka menanggung perbelanjaan mengurus dan menyara kehidupan.

Hulur bantuan

Malah, Jabatan Kebajikan Mayarakat (JKM) bersama badan-badan sukarelawan termasuk parti-parti politik giat menyediakan bantuan makanan kepada keluarga yang terdiri daripada B40 yang terkesan dan memerlukan bantuan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

MIC turut sama menyediakan bantuan makanan kepada keluarga yang terdiri daripada B40 yang memerlukan makanan di seluruh negara.

Malah, MIC di bawah kepimpinan Tan Sri Vigneswaran, melancarkan aplikasi MIC UTAVI (BANTUAN) www.utavi.com.my untuk mengumpul maklumat individu atau keluarga yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum dan agama malah fahaman politik supaya MIC bantuan makanan dapat diedarkan dengan segera dan teratur kepada mereka yang memerlukan.

Pelancaran aplikasi platform IT oleh MIC untuk permohonan bantuan makanan bagi golongan yang terkesan akibat COVID-19 merupakan julung kali  dilancarkan dalam negara oleh sebuah parti politik.

Memandangkan kerajaan sedang menyediakan Rangka Belanjawan 2021, maka kerajaan perlu memberi perhatian kepada isu keselamatan makanan terutamanya pembekalan makanan asas rakyat seperti beras, sayur-sayuran dan makanan laut.

Peruntukan bajet khas untuk menyokong, menggalak dan membantu golongan yang terlibat dalam sektor pertanian terutamanya petani dan nelayan perlu diberi perhatian khas supaya bekalan makanan yang dihasilkan mereka mencukupi untuk keperluan rakyat.

Pada masa yang sama, kerajaan perlu menggalakkan kerajaan negeri membuka kawasan pertanian baharu  supaya bahan makanan dapat disediakan secukupnya untuk keperluan rakyat pada masa akan datang.

Sehubungan itu, rakyat terutamanya parti-parti politik harus mengelakkan sengketa bermotifkan kepentingan politik kepartian yang boleh mengundang krisis politik tidak berkesudahan dan tidak menguntungkan rakyat.

Mereka perlu bersatu dan menyokong usaha-usha kerajaan dalam mendepani cabaran era pasca COVID-19 demi  kepentingan rakyat jelata seperti titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pembukaan rasmi penggal ketiga Parlimen ke-14 baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin politik sewajarnya mengutamakan usaha membina semula ekonomi negara daripada berbicara isu politik kepartian yang boleh memecahbelahkan  perpaduan rakyat pada era pasca COVID-19.

* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.