Diarah muat turun kod QR sebelum masuk? Ia bertentangan dengan undang-undang!

Penggunaan kod QR digalakkan bagi memudahkan urusan termasuk mengelakkan orang ramai berkongsi maklumat peribadi secara terbuka.

Bagaimanapun katanya, penggunaan kod QR digalakkan bagi memudahkan urusan termasuk mengelakkan orang ramai berkongsi maklumat peribadi secara terbuka. - Gambar BERNAMA | Astro Awani
Peraturan mewajibkan pengguna memuat turun aplikasi kod QR sebelum memasuki mana-mana premis perniagaan adalah bertentangan dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap negeri perlu melaksanakan peraturan sama seperti termaktub dalam Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Bagaimanapun katanya, penggunaan kod QR digalakkan bagi memudahkan urusan termasuk mengelakkan orang ramai berkongsi maklumat peribadi secara terbuka.

“Jadi, untuk mengelakkan dia (pengguna) memberi nama penuh dan tulis nombor telefon, (maka mereka) guna kod QR melalui aplikasi yang kita telah perkenalkan.

“Tetapi kalau mereka tidak ada kod QR, arahan kita adalah tulis nama dan juga nombor telefon, Jadi (kod QR) wajib itu tak boleh.

“Ini mungkin peraturan yang diperkenalkan oleh negeri dan ia bertentangan dengan SOP dan Akta 342 yang telah diperkenalkan, serta peraturan lain yang diperkenalkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.