Dalam bantuan kemanusiaan, kita harus 'buta' agama dan bangsa - Zulkifli

Itu yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam usaha membantu antara satu sama lain ketika tempoh sukar ini.

Dr Zulkfili menerusi catatan di Facebooknya berkongsikan kisah membantu keluarga bukan Muslim yang memerlukan bantuan barangan asas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). FOTO: Facebook@/Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri | Astro Awani
Dalam soal bantuan kemanusiaan, kita harus 'buta' agama, bangsa dan warna kulit.

Itu yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam usaha membantu antara satu sama lain ketika tempoh sukar ini.

Dr Zulkfili menerusi catatan di Facebooknya berkongsikan kisah membantu keluarga bukan Muslim yang memerlukan bantuan barangan asas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Saya mendapat kiriman mesej sahabat saya, Reverend Jonathan Jesudas dari Tamil Methodist Church Petaling Jaya tentang 15 buah keluarga bukan Muslim di Desa Mentari, PJ yang memerlukan bantuan barangan asas dalam tempoh PKPB.

"Alhamdulillah, pada hari ini saya dimaklumkan bantuan khusus daripada JPM (Hal Ehwal Agama) telah sampai kepada mereka melalui NGO yang telah diamanahkan untuk menyampaikan bantuan tersebut," kongsi beliau dalam catatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac dan April, sejumlah RM132 juta telah dibelanjakan bagi membantu rakyat yang memerlukan.

"Sebanyak RM132 juta telah dibelanjakan oleh agensi-agensi di JPM (Hal Ehwal Agama) untuk meringankan beban lebih 200,000 umat Islam di seluruh negara yang memerlukan.

"Daripada jumlah tersebut, lebih 2,000 orang bukan Muslim telah mendapat bantuan #MUSAADAHCOVID19," ujarnya.


Sumber Facebook drzulkiflialbakri

Dr Zulkifli turut mengingatkan dalam soal bantuan kemanusiaan, kita perlu 'buta' akan agama, bangsa dan warna kulit.

"Itulah semangat rakyat Malaysia. Moga kita sama-sama dapat mengharungi ujian ini hingga pengakhirannya," katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata rakyat negera ini bersetuju dengan peringatan yang disuarakan oleh Dr Zulkifli agar saling membantu antara satu sama lain.