COVID-19: Polis jejaki baki jemaah tabligh yang belum buat pemeriksaan - Ismail Sabri

Ismail Sabri turut menggesa mereka yang menyertai perhimpunan tabligh itu untuk tampil membuat pemeriksaan di pusat-pusat kesihatan.

PUTRAJAYA:Kira-kira 4,000 peserta perhimpunan tabligh antarabangsa di Masjid Jamek Sri Petaling di sini masih belum tampil membuat pemeriksaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau turut menggesa mereka yang menyertai perhimpunan tabligh itu  untuk tampil membuat pemeriksaan di pusat-pusat kesihatan.

“Saya faham ada kebimbangan terhadap kumpulan tabligh, seramai 4,000 lagi yang tidak dikesan.

“Pihak polis telah pun membuat keputusan untuk mereka sendiri mengesan, kumpulan tabligh yang masih belum tampil untuk buat saringan dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas hari ini.

Kira-kira 14,500 warga Malaysia dan 1,500 warga asing menyertai perhimpunan itu di Masjid Sri Petaling dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Ismail Sabri turut mengambil maklum mengenai 83 warga Malaysia yang pergi ke Sulawesi, Indonesia untuk menyertai satu lagi perhimpunan tabligh yang setakat ini telah ditangguhkan.

Beliau memberi jaminan bahawa 83 jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan itu akan dikuaratin sebaik tiba di Malaysia.

BACA SEMUA YANG ANDA INGIN TAHU MENGENAI COVID-19 DI SINI

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seramai  10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir pada perhimpunan berkenaan telah diperiksa.

Menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, beliau berkata sehingga 12 tengah malam tadi (19 Mac 2020), sebanyak 4,986 sampel diambil dan 513 adalah positif COVID-19.

"Seorang jemaah tabligh berumur 34 tahun telah meninggal dunia kelmarin. KKM (Kementerian Kesihatan) menyeru ahli jemaah tabligh yang belum berbuat demikian untuk tampil diperiksa oleh KKM," katanya.

Menerusi muat turun itu, Dr Noor Hisham turut menyertakan statistik Pengesanan Kluster Kes COVID-19 di Malaysia mengenai Taburan Kes Jord Qudama dan Ulama Malaysia 2020, Masjid Jamek Sri Petaling oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan KKM sehingga 12 tengah malam, 19 Mac, 2020 yang antara lain menyatakan bilangan dimasukkan ke hospital ialah 659 manakala pengawasan di rumah seramai 6,627 orang.

Menurut statistik itu, jumlah sampel negatif adalah 2,559 manakala yang masih berada dalam senarai bilangan menunggu ialah 1,990 orang.