COVID-19: Pengusaha restoran boleh dikenakan kompaun jika langgar SOP

Kementerian Kesihatan tidak memfokuskan kepada penguatkuasaan, sebaliknya mengharapkan Kerjasama rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan terhadap pengusaha restoran yang tidak melaksanakan penjarakan sosial, dan membenarkan lebih empat pelanggan berada di satu-satu meja. | Astro Awani
Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mana-mana pengusaha restoran yang melanggar garis panduan termasuk tidak mengamalkan penjarakan sosial dalam kalangan pelanggan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kompaun sehingga RM1,000 boleh dikenakan jika mendapati individu terbabit tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mencegah penularan COVID-19.

“Kita mengharapkan pemerkasaan komuniti, pekedai dan pengusaha restoran.

“Jadi, kita mengharapkan mereka dapat melaksanakan dan patuh kepasa SOP dan mungkin kalau kementerian melihat (perkara tersebut) ketika menjalankan rondaan, kita akan mengeluarkan tindakan sama ada kita bagi amaran atau mungkin mengambil Tindakan mengikut Akta 342, iaitu denda maksimum sehingga RM1,000,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.

BACA: COVID-19: 30 kes baharu, 95 kes pulih dan tiada kematian

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan terhadap pengusaha restoran yang tidak melaksanakan penjarakan sosial, dan membenarkan lebih empat pelanggan berada di satu-satu meja.

Jelas beliau, pihaknya bukan memfokuskan kepada penguatkuasaan, sebaliknya mengharapkan kerjasama daripada seluruh rakyat negara ini untuk mematuhi SOP yang ditetap apabila berada di restoran.