COVID-19: Pengedaran topeng muka percuma untuk rakyat diumum esok

Kerajaan akan mengumumkan proses pengedaran topeng muka secara percuma untuk rakyat esok (8 April 2020).

Kerajaan akan mengumumkan proses pengedaran topeng muka secara percuma untuk rakyat esok (8 April 2020). | Astro Awani
Kerajaan akan mengumumkan proses pengedaran topeng muka secara percuma untuk rakyat esok (8 April 2020).

Pada masa sama, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan turut mengumumkan jumlah Tabung COVID-19 pada hari yang sama.

"Esok saya akan umumkan jumlah kutipan Tabung COVID-19 dan pelaksanaan setakat hari ini. Saya juga akan umumkan proses pengedaran topeng muka yang dijanjikan kerajaan untuk diedarkan secara percuma kepada rakyat," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.

Ismail Sabri sebelum ini berkata, topeng muka itu akan diberikan secara percuma kepada 8.3 juta isi rumah.

Pengagihan itu katanya akan dibuat secara berperingkat-peringkat, dengan berpandukan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai siapa yang sewajarnya mendapat topeng muka berkenaan.