COVID-19: Dua rakyat Malaysia positif dan sedang dirawat di Jepun

Selain itu, terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan ujian COVID-19.

Kapal Diamond Princess (gambar) mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif. (Foto AP/Fail) | Astro Awani
Dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di negara tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebook rasmi miliknya hari ini berkata, selain itu terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan ujian COVID-19.

"Kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin, mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif.

"Terdapat dua rakyat Malaysia yang disahkan positif COVID-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian COVID-19 di atas kapal tersebut. Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun," menurut catatan itu.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat

BACA: COVID-19: Peguam bidas tindakan AS, enggan tinggalkan kapal Diamond Princess

Semalam, media melaporkan sebanyak 455 penumpang kapal itu disahkan positif COVID-19 sehingga kini.

-- BERNAMA