COVID-19: Dua kes baharu, 20 kes sembuh, berikut tumpuan kenyataan media KKM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menyambut seruan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, untuk terus patuh kepada SOP.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menyambut seruan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, untuk terus patuh kepada prosuder operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. | Astro Awani
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) pada Rabu memaklumkan dua kes baharu COVID-19 dilaporkan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menyambut seruan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. 

Berikut adalah lima tumpuan kenyataan KKM hari ini; 

1) 20 kes pulih direkodkan pada Rabu menjadikan jumlah kes pulih adalah 8,354 kes (96.7 peratus).

2) Hanya dua kes positif COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 8,639 kes.

3) Dua kes baharu yang direkodkan melibatkan satu kes import, satu lagi kes pernularan dalam negara iaitu kes saringan pra-rujukan di Hospital Kota Belud, Sabah.

4) Tiada kes kematian baharu, jumlah kematian kekal 121 kes.

5) KKM sambut seruan WHO agar rakyat tidak alpa dengan trend penurunan kes, sebaliknya terus mematuhi SOP dan mengamalkan langkah pencegahan.