COVID-19: Dua kes baharu, 20 kes sembuh

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dua kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, dua kes baharu yang direkodkan melibatkan warganegara. - Foto Bernama | Astro Awani
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dua lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Selasa.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini adalah 8,639 kes dengan 164 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dua kes baharu yang direkodkan melibatkan warganegara.

Satu kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala satu lagi kes adalah penularan dalam negara iaitu kes saringan pra-rujukan di Hospital Kota Belud, Sabah.

Sementara itu, 20 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kes pulih adalah 8,354 kes (96.7 peratus).

Pada masa sama, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan, justeru jumlah kematian kekal 121 kes.

Sehingga kini, empat kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.