Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 1 Ogos 2020.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini | Astro Awani
KUALA LUMPUR :ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 1 Ogos 2020.

1. Bung Moktar nafi kata Musa tiada dalam senarai calon UMNO

Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman tiada dalam senarai calon UMNO bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan. 

2. COVID-19: Sembilan kes baharu, tiada kematian

Sembilan kes baharu COVID-19 direkodkan, setakat tengah hari ini, membabitkan tujuh kes import dan dua penularan tempatan.

3. Kenapa Kawasaki tidak ada dalam saingan kelas MotoGP?

PASTI ada antara anda yang tertanya-tanya mengapa Kawasaki tidak berada dalam saingan Kejohanan MotoGP Dunia dan hanya menyertai Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK)?

4. Bung Moktar sahkan diri bertanding PRN Sabah

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengisytiharkan dirinya 'turut serta' dalam merebut kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah ini.

5. Parti Cinta Sabah hanya mahu pecah undi - Peter

Naib Presiden Parti Warisan, Datuk Peter Anthony mendakwa kewujudan parti baharu yang dikenali sebagai Parti Cinta Sabah sebagai salah satu taktik untuk memecahkan undi dalam kalangan etnik terutama Kadazan Dusun Murut (KDM).

6. Tiga kali gajah 'singgah' di gerai - Peniaga buah

Seorang peniaga wanita kerugian hampir RM2,000 selepas buah-buahan dan gerai miliknya dirosakkan oleh gajah liar sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu.

7. Pas berpegang janji, tidak diberitahu keputusan UMNO enggan sertai PN

Pas sekali lagi menegaskan parti itu menyokong kerajaan yang dibentuk Perikatan Nasional (PN) dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

8. COVID-19: 1 kes Kluster Bukit Tiram dikesan di Selangor - KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kes pertama Kluster Bukit Tiram di luar negeri Johor, membabitkan seorang warga asing, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

9. Kerajaan perlu jelaskan maksud tempat awam dan tempat sesak

Kerajaan perlu menjelaskan maksud tempat awam dan tempat sesak tatkala pemakaian pelitup muka diwajibkan bermula hari ini.

10. Dakwa hakim saudara Tun M: Polis sudah kenal pasti pemilik akaun Twitter

Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak, kononnya ada pertalian persaudaraan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.