Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Ikuti berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 6 Julai 2020.

Ikuti berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 6 Julai 2020. | Astro Awani
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 6 Julai 2020.

1) COVID-19: 11 kes pulih, lima kes baharu dan tiada kematian

Sejumlah 11 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih adalah sebanyak 8,476 kes bersamaan 97.8 peratus.

2) Kluster Sri Petaling dijangka tamat dalam masa terdekat

Kluster Perhimpunan Sri Petaling dijangka akan diisytiharkan tamat dalam tempoh terdekat berikutan tiada kes baharu dicatatkan dalam kluster itu selama 14 hari.

3) Malaysia diiktiraf berjaya urus, kawal wabak COVID-19 - PM

Berucap pada perjumpaannya bersama kira-kira 250 warga Jabatan Perdana Menteri, beliau berkata kejayaan tersebut adalah berkat usaha kesungguhan dan kerjasama semua pihak di peringkat kerajaan hingga masyarakat.

4) Bawa pulang rakyat terkandas: Kerajaan perluas penggunaan Tabung COVID-19

Kerajaan akan memperluaskan penggunaan Tabung COVID-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

5) Jika terus berdegil, polis akan 'jemput' untuk buat saringan kedua - Ismail Sabri

Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) 'menjemput' baki sebanyak 414 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk membuat ujian saringan COVID-19 kali kedua.

6) Buka sempadan: Utamakan 200,000 pekerja ulang alik harian ke Singapura - MB

Kerajaan Johor berharap rundingan antara kerajaan Persekutuan dan Singapura mengenai pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura turut memberi keutamaan kepada mereka yang berulang alik setiap hari untuk bekerja di republik itu.

7) Cuepacs mohon kerajaan pertimbang semula tarikh cuti sekolah sempena Aidiladha

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon Kementerian Pendidikan mempertimbangkan semula tarikh cuti persekolahan sempena Aidiladha pada 31 Julai ini.

8) Isu calon PM: Anwar akan berbincang dengan Shafie Apdal

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengenai usaha pengembalian mandat rakyat.

9) Ekonomi Malaysia mampu capai 'V-shape', tetapi usah terlalu yakin - Penganalisis

Itu pandangan penganalisis dan Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari.

10) Dakwaan diskriminasi: Al Jazeera dituntut mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

Kerajaan Malaysia menuntut agensi berita antarabangsa, Al Jazeera memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia susulan menyiarkan fakta tidak benar mengenai layanan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika usaha mengekang penularan COVID-19.