Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 4 Jun, 2020.

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini. | Astro Awani
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 4 Jun, 2020.

1) COVID-19 beri transformasi kepada jualan, perkhidmatan dalam talian

Pandemik COVID-19 telah membawa perubahan dalam dunia peruncitan, sekali gus mewujudkan cabaran kepada sektor e-dagang.

2) KKM nafi stok RTK Antigen habis

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan kononnya kit RTK Antigen yang ditempah dari Korea Selatan telah kehabisan stok.

3) Komplikasi COVID-19 lebih teruk kepada perokok aktif, perokok pasif

Komplikasi jangkitan COVID-19 kepada perokok jauh lebih teruk berbanding individu yang tidak merokok.

4) Skype jadi penghubung banduan penjara Kelantan dengan insan tersayang

Aplikasi 'Skype' menjadi jambatan normal baharu bagi menghubungkan banduan di Penjara Kelantan dengan insan tersayang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lepas.

5) 111 kru, 172 juruterbang, 50 jurutera AirAsia diberhentikan

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad bakal menamatkan perkhidmatan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera dalam usaha pengecilan operasi.

6) COVID-19: Kembali tiga digit, 270 kes baharu adalah PATI

Malaysia kembali merekodkan tiga digit kes positif harian COVID-19 apabila dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan 277 kes baharu direkodkan.

7) Johor sedia mulakan sesi persekolahan

Johor bersedia untuk memulakan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam mengikut garis panduan yang ditetapkan bersama oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

8) Sukar pantau SOP di taska persendirian tidak berdaftar - Ismail Sabri

Meskipun prosedur operasi standard (SOP) untuk pembukaan semula taman asuhan kanak-kanak (taska) sangat ketat, kerajaan yakin dapat membuat pemantauan berkesan disebabkan mereka berdaftar.

9) Mesyuarat MPT Bersatu: Empat MPT protes, tinggalkan mesyuarat lebih awal

Empat ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bertindak meninggalkan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kelab Rumah Pertubuhan Alumni Universiti Malaysia (PAUM) lebih awal kerana tidak bersetuju dengan isu pengguguran keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen yang lain.

10) Bas kilang hilang kawalan, rempuh lima kenderaan di bahu jalan

Tujuh pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan dibahu jalan dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, George Town petang Khamis.