Bayi masih bertali pusat dijumpai dekat tempat pembakaran sampah

Bayi yang dipercayai baru dilahirkan beberapa jam itu ditemukan di atas rumput berhampiran tempat pembakaran sampah.

Bayi yang dipercayai baru dilahirkan beberapa jam itu ditemukan di atas rumput berhampiran tempat pembakaran sampah. -Gambar hiasan | Astro Awani
Seorang bayi perempuan bertali pusat dijumpai di Jalan Dusun Muda, di sini, sekitar jam 8 pagi tadi.

Bayi yang dipercayai baru dilahirkan beberapa jam itu ditemukan di atas rumput berhampiran tempat pembakaran sampah.

Menurut seorang saksi, Mohd Noor Azam Che Wahab, 31, beliau mengekori kucingnya menyeberangi jalan sebelum terdengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.

Bayi berkenaan dijumpai masih bertali pusat dengan kesan tompokan darah.

Katanya, jiran dan penduduk kampung kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan bayi itu.

Beliau mendakwa penduduk ada ternampak sebuah kereta berada di situ beberapa jam dalam keadaan mencurigakan sebelum beredar.