Bayi cukup sifat ditemui mati, terbaring kaku di tempat sampah

Mayat bayi lelaki dipercayai dibuang di tapak pelupusan sampah dekat Bukit Gemuk, ditemui dalam keadaan kebiruan dan terbaring kaku bersama sampah-sarap, pada Rabu.

Polis berkata mayat berkenaan dilaporkan masih memiliki tali pusat. | Astro Awani
Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai dibuang telah ditemui di sebuah tapak pelupusan sampah dekat Bukit Gemuk, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus memaklumkan, mayat bayi tersebut ditemui seorang pemungut sampah dalam keadaan kebiruan dan terbaring kaku bersama sampah-sarap.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Fadil berkata mayat berkenaan dilaporkan masih memiliki tali pusat.


Seorang pemungut sampah menujukkan tempat dia menjumpai mayat bayi berkenaan. - Foto Astro AWANI

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, jantina mayat itu adalah lelaki dan disyaki sudah meninggal tiga hari lepas.

“Mayat sudah dihantar ke bilik mayat Hospital Tawau untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Tambahnya, setakat ini tiada saksi yang melihat kejadian dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.