Bantuan segera adalah fokus Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan - Nancy

Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan yang diterajui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memberi fokus kepada bantuan segera bagi golongan yang terjejas dalam sektor ini ketika PKP

Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan yang diterajui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memberi fokus kepada bantuan segera bagi golongan yang terjejas dalam sektor ini ketika PKP, kata Menteri Datuk Seri Nancy Shukri | Astro Awani
Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan yang diterajui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memberi fokus kepada bantuan segera bagi golongan yang terjejas dalam sektor ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelan ini dirangka untuk tempoh enam bulan akan datang dan akan dinilai berdasarkan keperluan semasa.

"Kita tidak merancang lebih daripada tempoh tersebut kerana tumpuan diberikan kepada pemberian bantuan segera kepada mereka yang terjejas," kata Nancy.

Beliau berkata demikian ketika sesi temubual Consider This pada Jumaat malam berkenaan impak penularan COVID-19 ke atas industri pelancongan, seni dan budaya negara.

Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai inisiatif yang digariskan dalam pelan tersebut termasuk memberi latihan peningkatan perkhidmatan serta memansuhkan bayaran tertentu untuk meringankan beban mereka yang bekerja dalam industri ini.