ASP ditahan minta rasuah RM30,000

Pegawai polis berusia 30-an itu dikatakan meminta rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes dan memberi perlindungan kepada suspek kes jenayah.

Pegawai polis berusia 30-an itu dikatakan meminta rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes dan memberi perlindungan kepada suspek kes jenayah. | Astro Awani
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) kerana dipercayai meminta rasuah sebanyak RM30,000.

Pegawai polis berusia 30-an itu dikatakan meminta rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes dan memberi perlindungan kepada suspek kes jenayah.

Menurut sumber SPRM, pegawai polis terbabit ditahan jam 6.40 petang Ahad di sebuah hotel di Kota Bharu.

Katanya, suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Penahanan pegawai kanan polis itu disahkan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain.

Beliau yang ketika dihubungi berkata, suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya.