Amaran ribut petir di Perak, Sabah, Sarawak sehingga tengah malam

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Perak, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Perak, Sabah dan Sarawak. | Astro Awani
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Perak, Sabah dan Sarawak, dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 12 tengah malam hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia pada Ahad malam, kawasan yang dijangka terjejas di Perak ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, serta Kuala Kangsar; manakala di Sabah ialah di Pedalaman (Sipitang).

Di Sarawak pula, kawasan yang terbabit ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

-- BERNAMA