10 kawasan di Gua Musang dilanda banjir kilat

Hujan lebat berterusan mengakibatkan 10 kawasan penempatan dan laluan di Gua Musang, Kelantan dilanda banjir kilat.

Menurut polis, usaha menyelamat giat dilakukan pihak berkuasa apabila terdapat kediaman penduduk ditenggelami air. - Astro AWANI | Astro Awani
Hujan lebat berterusan mengakibatkan 10 kawasan penempatan dan laluan di Gua Musang, Kelantan dilanda banjir kilat.

Sebuah jambatan merentasi Sungai Ketil di Kampung Kerinting ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan apabila dinaiki air sehingga paras 2 meter sejak jam 10 malam Sabtu.

Laluan jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran hentian Gua Musang turut dinaiki air.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin usaha menyelamat giat dilakukan pihak berkuasa apabila terdapat kediaman penduduk ditenggelami air.

Antara kawasan yang terjejas susulan hujan lebat bermula jam 8 malam Sabtu ialah Kampung Tanah Putih, Kampung Lepan Jaya, Kampung Sungai Kepa, Kampung Batu Papan, Kampung Kerinting, Kampung Baru, Kawasan Perindustrian, Perumahan Mgh, Taman Kesedar Jaya, Paloh 3 dan projek penempatan masyarakat setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera.