10 berita pilihan sepanjang hari ini

Sebanyak 31 lagi kes jangkitan COVID-19 dilaporkan telah pulih dan dibenarkan discaj di negara ini setakat Selasa.

10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI. | Astro Awani
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa 19 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) 31 kes pulih, 37 kes baharu dan satu kematian akibat COVID-19

Sebanyak 31 lagi kes jangkitan COVID-19 dilaporkan telah pulih dan dibenarkan discaj di negara ini setakat Selasa.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 5,646 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

2) COVID-19: Singapura catat 451 kes baharu, jumlah keseluruhan 28,794

Singapura secara awal telah mengesahkan tambahan 451 kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan di republik itu kini 28,794 kes.

Data setakat pukul 12 tengah hari, menunjukkan hanya satu kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala selebihnya adalah pekerja asing yang tinggal di asrama.

3) Kes jemaah tabligh Sri Petaling merangkumi hampir separuh kes COVID-19 di Malaysia - Noor Hisham

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 927 kes dalam siasatan (PUI) telah dikenalpasti mempunyai hubungan kait dengan perhimpunan jemaah tabligh di masjid Sri Petaling.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes COVID-19 membabitkan kluster tersebut meningkat kepada 3,347 kes berbanding 2,375 kes sebelum ini.

4) KKM sahkan PATI Myanmar dihantar pulang positif COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Mynamar yang ditahan di depoh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur positif COVID-19.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, individu itu adalah antara 437 PATI yang telah dihantar pulang ke negara masing-masing.

5) COVID-19: Kes positif di Indonesia meningkat kepada 18,496 dengan 1,221 kematian

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 18,496 kes dengan 30 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia mengenai COVID-19 Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,221 orang, sejak kematian pertama berlaku pada 11 Mac.


NORMAL BAHARU

1) KKM perhalusi SOP kedai gunting, kumpul data pekerja asing

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kedai gunting rambut sebelum membenarkan perniagaan tersebut beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuk mendapatkan data mengenai jumlah pekerja asing yang terlibat dalam industri tersebut.

2) PKP: KKM terima 8,380 panggilan, masalah emosi paling tinggi

Sebanyak 8,380 panggilan diterima oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat 18 Mei lalu membabitkan pelbagai isu termasuk tekanan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masalah emosi mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 46.8 peratus daripada keseluruhan panggilan.

3) Kebenaran polis dan JPBNS diperlukan untuk masuk ke Sarawak

Semua warganegara Malaysia yang ingin masuk ke Sarawak perlu memohon permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seterusnya mereka juga mesti memohon kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melalui laman web sdmc.sarawak.gov.my.

4) Patuhi SOP ketika membuat persiapan Aidilfitri, jangan bawa kanak-kanak

Dalam kesibukan membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitiri, orang ramai terus disarankan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menyedari masih terdapat segelintir masyarakat yang didapati tidak acuh dan secara terang-terangan melanggar SOP yang telah ditetapkan di pusat beli-belah dan kedai runcit.

5) Transformasi perkhidmatan Pos Malaysia bermula seiring 'normal baharu'

Pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini menjejaskan pergerakan ekonomi dan menyebabkan berlakunya krisis kewangan kepada sektor-sektor perniagaan di seluruh dunia.

Tidak terkecuali ialah syarikat perkhidmatan pos nasional, Pos Malaysia Berhad yang perlu menampung seramai 15,000 kakitangan dan pegawai operasi barisan hadapan yang turut terkesan dengan kemerosotan ekonomi pada masa ini.