Video aksi intim melibatkan seorang pelakon lelaki tular

Selain video berdurasi 12 saat yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan intim, gambar pelakon lelaki berkenaan turut tular.

Video aksi intim melibatkan seorang pelakon lelaki tular | Astro Awani
Dalam kekalutan isu politik negara, satu video hubungan intim melibatkan seorang pelakon lelaki tular sejak beberapa hari lalu.

Selain video berdurasi 12 saat yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan intim, gambar pelakon lelaki berkenaan turut tular.

Pelakon lelaki itu dikaitkan dengan video tersebut berdasarkan ciri-ciri tertentu pada badannya.

Selepas menyedari video tersebut tular, pelakon lelaki berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan daripada pelakon tersebut.