Sheila Majid terima kejutan daripada suami ketika di lapangan terbang

Kejutan itu berlaku apabila Datuk Hashridz Murshim Hassim atau Acis hanya memberitahu isterinya destinasi percutian yang dipilihnya untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.

Sheila Majid terima kejutan daripada suami ketika di lapangan terbang | Astro Awani
SUAMI kepada penyanyi popular, Datuk Sheila Majid membuat kejutan buat isterinya itu ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
Kejutan itu berlaku apabila Datuk Hashridz Murshim Hassim atau Acis memberitahu isterinya destinasi percutian yang dipilihnya untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.
 
"Saya memberitahu isteri saya akan membawanya ke suatu tempat untuk beberapa malam dan beliau hanya tahu destinasi tersebut ketika kami mahu berlepas," katanya.
 
Acis berkongsi rancangan kejutan itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.
 
 

So... I told my wife @missmajid that I’m taking her somewhere for a couple of nites and she only knew the destination as we were leaving for the airport. The only essentials I told her to bring was her hat. Happy belated 15th Anniversary present sayang. #Surprise #15YearsAnniversary #RezekiAllah #Alhambra #Granada #Spain #BroCuba #I❤️Granada

A post shared by hashridz (@hashridz) on


Rupanya komposer terkenal itu membuat kejutan dengan membawa isterinya itu ke destinasi percutian popular di Granada, Andalusia, Sepanyol.
 
Menerusi salah satu foto yang dimuat naik, pasangan ini bergambar di lokasi bersejarah bangunan Alhambra.
 
Perkongsian status Acis itu juga menarik perhatian peminat kedua selebriti itu di media sosial.
 
Netizen turut mengucapkan tahniah dan selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan buat pasangan sejoli itu dan juga menganggap kejutan yang dilakukan Acis begitu romantik.