Shah Rukh Khan keluar mengundi bersama isteri dan anak

Malah Shah Rukh Khan turut memuat naik ciapan di laman Twitternya dengan berkongsikan pengalaman mengajar anak lelakinya yang agak keliru antara ungkapan -Boating- dan -voting-

Shah Rukh bawa anak untuk merasai pengalaman mengundi pada pilihan raya India pada Isnin. - Foto Twitter/Shah Rukh Khan | Astro Awani
KETIKA rakyat India keluar mengundi beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kali ini, maka tidak kuranglah pula barisan artis Bollywood yang turut menunaikan tanggung jawab mereka juga.

Kelibat mereka sudah tentunya menjadi perhatian warga fanatik mereka yang sentiasa dinantikan.

Antara yang paling banyak merakamkan saat tersebut ialah hero tersohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan yang hadir ke pusat mengundi bersama isteri dan anaknya.

Malah Shah Rukh Khan turut memuat naik ciapan di laman Twitternya dengan berkongsikan pengalaman mengajar anak lelakinya yang agak keliru antara ungkapan “Boating” dan “voting”.




Malah hero filem hindi itu mengakui agak sukar untuk menjelaskan perbezaan tersebut kepada anaknya itu,
Bagaimanapun tidak dinyatakan pula dimanakah lokasi sebenar aktor itu membuang undi.

Pada Isnin, media tempatan melaporkan sejumlah orang kenamaan dan barisan artis Bollywood keluar beramai-ramai di beberapa lokasi untuk mengundi.

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah di bandaraya Mumbai di mana pusingan keempat daripada tujuh pengundian sehingga 19 Mei berlangsung.

Lebih 40,000 anggota keselamatan dikerah di seluruh bandar itu yang mempunyai populasi 20 juta penduduk.