Pernah berlakon bersama, Que Haidar & Fazura sedih pemergian Ashraf Sinclair

Menurut Que, dia dan arwah Ashraf pernah bersama-sama bekerjasama dalam "Gol & Gincu The Series."

Pernah berlakon bersama, Que Haidar & Fazura sedih pemergian Ashraf Sinclair | Astro Awani
PELAKON Que Haidar meluahkan rasa sedih selepas menerima berita pemergian aktor Ashraf Sinclair hari ini.
 
Menurut Que, dia dan arwah Ashraf pernah bersama-sama bekerjasama dalam "Gol & Gincu The Series."
 
“Al fatihah.. Sama-sama terlibat dalam Goal dan Gincu.. Seorang lagi sahabat pergi @ashrafsinclair,” tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Al fatihah.. sama2 terlibat dalam goal Dan gincu.. seorg lagi Sahabat pergi



Selain Que dan Ashraf, drama ini turut dibintangi Nur Fazura, Pierre Andre, Sazzy Falak, Razif Hashim dan ramai lagi.

Menerusi pemerhatian Gempak, Fazura turut memuat naik sebuah entri di Instagram Stories melahirkan rasa terkejut dengan berita menyayat hati ini.

“Al fatihah kawan.. Saya tidak mampu bersuara dan terkejut dengan berita pemergian awak.

“Saya tidak akan mengatakan siapa sehingga keluarganya memberitahu berita yang menyayat hati ini.

“Allahuakbar. Hati saya bersama isterinya, anak lelaki dan seluruh keluarga,” tulisnya.

Ucapan Fazura pada Instagram Stories miliknya