Pelakon 'Twilight' meninggal dunia

Mendiang Boyce dijumpai bersama mayat teman wanitanya Natalie Adepoju, 27, di Las Vegas, Nevada.

Gregory Tyree Boyce, 30, ditemukan meninggal dunia bersama teman wanita di sebuah kondominium di Las Vegas. -Facebook | Astro Awani
Pelakon filem "Twilight" Gregory Tyree Boyce, 30, ditemukan mati di dalam sebuah kondominium, di sini.

Mendiang Boyce dijumpai bersama mayat teman wanitanya Natalie Adepoju, 27, di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat pada 13 Mei, lapor portal People.

Jurucakap Penyiasat Perubatan Clark County mengesahkan kematian Boyce dan Adepoju berkata punca kejadian sedang disiasat.

Boyce dikenali selepas memegang watak sebagai Tyler Crowley dalam filem pertama "Twilight".

Pelakon itu meninggalkan anak perempuan Alaya, 10, manakala Adepoju meninggalkan anak lelaki bernama Egypt.


⚖️