Mulan tidak ditayangkan di pawagam tetapi ...

Filem aksi langsung Walt Disney, Mulan tidak akan ditayangkan di sebahagian besar pawagam namun akan terus dibawa ke platform penstriman Disney pada bulan September.

Filem yang menelan belanja sebanyak AS$ 200 juta (RM838.5 juta)  itu adalah pembikinan semula klasik animasi Disney mengenai seorang pejuang wanita China yang dibintangi oleh Yifei Liu  sebagai watak utama. | Astro Awani
Filem aksi langsung Walt Disney, Mulan tidak akan ditayangkan di sebahagian besar pawagam sebaliknya akan terus dibawa ke platform penstriman Disney+ pada 4 September ini.

Menurut Ketua Eksekutif Disney, Bob Chapek, peminat filem Mulan perlu membayar sebanyak AS$ 30 (RM125) untuk menonton filem adaptasi animasi itu di saluran Disney+.

Tetapi kos penstriman sedikit berbeza di negara lain termasuk, Kanada, Australia, New Zealand dan di bahagian Eropah Barat.

Memetik laporan Reuters, keputusan itu diambil berikutan ketidakpastian bilakah filem itu boleh ditayangkan di pawagam selepas ditangguhkan beberapa kali sejak pertengahan Mac kerana penularan pandemik COVID-19.

Filem yang menelan belanja sebanyak AS$ 200 juta (RM838.5 juta) itu adalah pembikinan semula klasik animasi Disney mengenai seorang pejuang wanita China yang dibintangi oleh Yifei Liu sebagai watak utama.

Selain Yifei, filem ini turut dibintangi oleh Donnie Yen, Gong Li, Susana Tang dan Jet Li yang memegang watak sebagai Maharaja China.