"Hidup ini fragile" - Nasihat Ashraf Sinclair kepada Nash Idrus

Itu perkongsian Ashraf Sinclair kepada sahabatnya, Nash Idrus yang mengalami kecederaan susulan terjatuh ketika menaiki basikal.

Ashraf Sinclair meninggalkan isteri, Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah yang berusia 10 tahun. - Gambar Instagram @ashrafsinclair | Astro Awani
Hidup ini amat rapuh, kata Allahyarham Ashraf Sinclair kepada sahabat rapatnya, Nash Idrus yang berkongsi tentang pengalamannya apabila jatuh ketika menaiki basikal.

Menurut personaliti terkenal itu ketika dihubungi Astro AWANI, Allahyarham sentiasa berfikir secara mendalam mengenai kehidupan dan kata-katanya sering penuh makna.

“Hari itu, saya terjatuh basikal. Very interestingly, dia cakap ia satu signal yang hidup ini very fragile.

“Dia seorang yang boleh buka hati dan mata saya tentang hidup, tentang bagaimana untuk menjadi seorang lelaki.

“Itu antara perkara yang saya rasa sangat hiba sebab sudah kehilangan seorang macam dia,” kata Nash, yang juga suami kepada personaliti terkenal Sazzy Falak.



And then.. the huge slip . Broken ribs & fractured collar bone . Thanks for the well wishes my friends

A post shared by Nazril Nash Idrus (@nash_idrus) on


Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada awal pagi Selasa di Jakarta, Indonesia pada usia 40 tahun.

Allahyarham meninggalkan isteri, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah yang berusia 10 tahun.

BACA: 'Ashraf Sinclair sihat, tidak hidap penyakit' - Pengurus Bunga Citra Lestari

Menurut Nash, Allahyarham sentiasa berusaha agar hidup sehariannya dipenuhi dengan semangat.

“Saya rasa dalam masa tiga bulan terakhir, he has lived his life to the fullest.

“Ashraf bukan orang biasa. Ashraf bukan di atas awang-awangan. Dia bukan normal. Dia very grounded.”

Kata Nash, Allahyarham sentiasa fokus dalam menambah baik kehidupan sehariannya yang cukup bermakna apabila diluangkan bersama keluarga.

Bukan sahaja berkongsi persahabatan yang erat, malah Nash bersama isteri Sazzy Falak turut berkongsi tarikh ulang tahun perkahwinan yang sama dengan pasangan Ashraf Sinclair bersama Bunga Citra Lestari.


12 years for us, 10 years for them