"Dia nak pegang ayah dia kat skrin telefon itu" - Netizen sebak lihat anak Abam tonton video arwah ayahnya

Tak boleh tahan sedih!

SEBAK dan sayu. Itulah yang dapat dikatakan apabila melihat video yang dimuat naik ke Instagram oleh ahli keluarga balu Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey.

Video tersebut dikongsikan di Instagram milik isteri Allahyarham, Nor Hidayah Mohd Ali menunjukkan anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sedang menonton video Abam.

"Allah menggalir air mata, bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya. Dengar dan lihat baru dia berhenti menangis.

"Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah," tulis kepsyen pada video tersebut.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allah menggalir air mata, bila ibu melihat hamzah dengar lagu arwah ayah nye



Rata-rata yang meninggalkan komen tidak dapat menahan kesedihan melihat video tersebut, apatah lagi ada ketika Hamzah menyentuh skrin telefon seolah-olah menyentuh ayahnya.

Allahyarham yang mengahwini Nor Hidayah pada 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah. Allahyarham meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.