Buat hal lagi, Iqram Dinzly tampil ghairah dengan hanya bertuala?

Alamak!!!

Sebelum ini, Iqram pernah tampil memohon maaf selepas sering berkelakuan pelik dan berdepan kecaman ramai dengan kata-kata kesat di media sosial. | Astro Awani
PELAKON Iqram Dinzly sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila tampil dengan aksi ghairah pada sesi live di akaun Instagram miliknya semalam.

Menerusi sepotong klip yang tersebar itu, Iqram dilihat hanya bertuala putih dan melakukan aksi yang ghairah.

Video yang mula tersebar itu menjadi perbincangan hangat netizen di media sosial sejak semalam lagi.

Sebelum ini, Iqram pernah tampil memohon maaf selepas sering berkelakuan pelik dan berdepan kecaman ramai dengan kata-kata kesat di media sosial.

Iqram juga turut diisytihar muflis baru-baru ini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000.

Dia juga mengambil keputusan untuk bersara daripada industri seni tanah air.