20,000 muat naik video BTS #OnChallenge selepas sejam dilancar

Ini merupakan kolaborasi pertama aplikasi itu bersama selebriti seperti BTS untuk pelancaran lagu.

20,000 muat naik video BTS #OnChallenge selepas sejam dilancar | Astro Awani
KUMPULAN terkenal Korea Selatan, BTS kembali mencipta fenomena.

Kali ini, mereka menakluki aplikasi terkenal TikTok.

Kira-kira sejam selepas pelancaran teaser "ON", lebih 20,000 video dimuat naik peminat yang menari mengikut irama lagu tersebut berserta tanda pagar #OnChallenge.

Menurut wakil TikTok, ini merupakan kolaborasi pertama aplikasi itu bersama selebriti seperti BTS untuk pelancaran lagu.


Pada masa sama, syarikat rakaman, BigHit Entertainment menyatakan ini merupakan satu titik permulaan untuk mereka memperkukuhkan kedudukan di media sosial di samping mencuba sesuatu yang baharu.

BACA : BTS bakal lancar single terbaharu di aplikasi TikTok

Pelancaran lagu ON oleh BTS adalah permulaan kepada pelancaran album keempat BTS iaitu "Map of the Soul: 7".

Sebelum ini, kumpulan yang juga popular menerusi lagu Boy with Luv duet bersama Halsey itu mencipta rekod apabila menjadi akaun pertama yang mendapat pengikut seramai 1 juta dalam masa kurang empat jam.

Untuk rekod, selain #OnChallange BTS juga pernah muncul dengan beberapa cabaran di aplikasi tersebut seperti #PersonaChallenge dan #NoodleSoupChallenge yang mendapat perhatian ramai peminatnya.

Berikut reaksi beberapa peminat setia BTS selepas teaser lagu tersebut dilancarkan.