1 juta pengikut dalam 5 jam, Jennifer Aniston pecah rekod Instagram!

Bintang sitkom Friends, Jennifer Aniston memecahkan rekod mengumpul paling ramai peminat di platform media sosial Instagram dalam tempoh yang singkat.

Foto itu sehingga kini telah mendapat lebih 7 juta tanda 'likes' daripada pengguna Instagram. | Astro Awani
BINTANG sitkom Friends, Jennifer Aniston memecahkan rekod mengumpul paling ramai peminat di platform media sosial Instagram dalam tempoh yang singkat.

Aniston mencipta akaun Instagramnya pada pagi Selasa dan hanya dalam tempoh 5 jam, aktres berusia 50 tahun itu sudah mengumpul 1 juta pengikut.

Lebih manis, foto pertama yang diabadikan Aniston dalam akaun Instagram ialah gambar bersama rakan-rakannya daripada sitkom Friends; Lisa Kudrow, Courtney Cox, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer.

"Dan sekarang kami 'kawan' di Instagram juga. Hi Instagram," tulisnya pada kapsyen foto berbabit.

Foto itu sehingga kini telah mendapat lebih 7 juta tanda 'likes' daripada pengguna Instagram.

Aniston juga memperkenalkan dirinya sebagai Jen dalam akaun tersebut.

Dalam pada jumlah 102 orang pemilik akaun Instagram yang diikuti Aniston, salah satunya merupakan bekas kekasihnya, Justin Theroux.

Sehingga kini, selepas 14 jam dicipta, akaun Instagram Aniston telah mengumpul lebih 5 juta pengikut.