Upacara pengebumian Park Won-Soon dilakukan secara dalam talian

Mereka yang hadir pada upacara itu memberi penghormatan dengan bertafakur, meletakkan bunga dengan kata-kata ingatan.

Upacara pengebumian mendiang Datuk Bandar Seoul, Park Won-Soon yang diadakan di dewan bandaraya pada Isnin hanya dihadiri oleh saudara-mara dan sekumpulan pegawai kecil. - Foto AP | Astro Awani
Upacara pengebumian mendiang Datuk Bandar Seoul, Park Won-Soon yang diadakan pada Isnin hanya dihadiri oleh saudara-mara dan sekumpulan pegawai kecil.

Bagaimanapun, ia disiarkan secara dalam talian bagi mengelakkan perhimpunan besar-besaran penyokong Won Soon ketika negara dilanda wabak COVID-19.

Mereka yang hadir pada upacara itu memberi penghormatan dengan bertafakur, meletakkan bunga dengan kata-kata ingatan.

Mendiang ditemui mati di utara Seoul pada Jumaat lalu.

Terdahulu, Won Soon dilaporkan hilang selepas tidak muncul di pejabat, dan membatalkan mesyuarat dengan pegawai presiden.

Kehilangan Won Soon dikaitkan dengan satu laporan gangguan seksual yang difailkan seorang pekerja ke atasnya.