Tular! Polis selamatkan budak dua tahun daripada nyaris dilanggar lori

Dalam kejadian mencemaskan itu, kanak-kanak perempuan tersebut dilihat berjalan seorang diri menuju ke arah lorong berdekatan.

Kata polis, pemandu lori berkenaan sempat menekan brek ketika cuba mengelak daripada melanggar mangsa. - Gambar hiasan | Astro Awani
SEORANG pegawai polis diangkat sebagai hero selepas menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun daripada dilanggar lori di sebatang jalan di utara Alcona Country.

Dalam kejadian mencemaskan itu, kanak-kanak perempuan tersebut dilihat berjalan seorang diri menuju ke arah lorong berdekatan.

Mujur semasa kejadian, Sarjan Joe Richards yang sedang membuat rondaan di lokasi melihat kanak-kanak tersebut.


Rakaman kamera papan pemuka menunjukkan Richards bergegas berlari mendapatkan budak tersebut sebelum sebuah lori kelihatan melalui jalan berkenaan.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan sebuah kereta bergerak menuju ke arah budak itu sebelum kedengaran Richards bertanya kepada seroang wanita, "Berhenti.. berhenti.. Adakah ini anak anda?"

Kata polis, pemandu lori berkenaan sempat menekan brek ketika cuba mengelak daripada melanggar mangsa.

Sementara itu, ibu mangsa yang tinggal berdekatan mengakui kepada polis bahawa dia terlepas pandang.

Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.