Tinggal pensanitasi tangan dalam kenderaan ketika cuaca panas undang risiko kebakaran

Kebanyakan pensanitasi tangan adalah berasaskan alkohol dan ini menjadikannya mudah terbakar.

Jabatan bomba Western Lake menunjukkan gambar pintu sebuah kereta yang terbakar akibat pensanitasi tangan. -Facebook Western Lakes Fire District | Astro Awani
Jabatan bomba Western Lake Oconomowoc di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya meninggalkan pensanitasi tangan di dalam kenderaan ketika cuaca panas.

Dalam catatan Facebooknya, agensi keselamatan itu memaparkan gambar pintu sebuah kereta yang terbakar.

Katanya, kebanyakan pensanitasi tangan adalah berasaskan alkohol dan ini menjadikannya mudah terbakar.

Justeru, menyimpannya di dalam kereta ketika cuaca panas dan mendedahkannya pada punca api seperti menghisap rokok, boleh mengundang bencana.