Terminal 2 Lapangan Terbang Changi tutup 18 bulan mulai 1 Mei

CAG berkata perincian mengenai perpindahan syarikat-syarikat penerbangan ke terminal lain akan diumumkan melalui laman web Lapangan Terbang Changi sebelum tarikh tersebut.

Penggantungan operasi itu akan membolehkan kerja-kerja pembesaran di T2 dipercepatkan mengikut jadual iaitu pada 2024. -Gambar fail | Astro Awani
Pengurusan Changi Airport Group (CAG) mengumumkan penutupan sementara operasi di Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi selama 18 bulan mulai 1 Mei depan.

CAG berkata perincian mengenai perpindahan syarikat-syarikat penerbangan ke terminal lain akan diumumkan melalui laman web lapangan terbang itu sebelum tarikh tersebut.

Penggantungan operasi itu akan membolehkan kerja-kerja pembesaran di T2 dipercepatkan mengikut jadual iaitu pada 2024.

Bagaimanapun ia mungkin akan ditambah selama satu tahun lagi.

Menurut naib presiden eksekutif pengurusan lapangan terbang CAG, Tan Lye Teck, ketika ini syarikat penerbangan banyak menangguhkan penerbangan sebagai tindak balas terhadap permintaan yang semakin berkurangan.

Usaha ini juga dilihat akan membantu lapangan terbang yang menjadi rakan kongsi CAG untuk mengharungi masa yang sukar.

Walaupun begitu, Lapangan Terbang Changi tetap dibuka untuk melayani penerbangan kargo udara dan penumpang yang masih terus beroperasi.