Suami isteri maut ditembak di Narathiwat

Sepasang suami isteri maut ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari pasar di Daerah Rangae, Narathiwat.

Polis berkata suspek melepaskan dua das tembakan masing-masing tepat pada dada kedua-dua mangsa yang merupakan pekebun. | Astro Awani
Sepasang suami isteri maut ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari pasar di Daerah Rangae, Narathiwat.

Dalam kejadian kira-kira 7.10 pagi (waktu tempatan) di Kg Hulu Parek, Nai Paisan Jungsakul, 65, dan isterinya Sukmol Jangsakul, 58, sedang menaiki motosikal dari Pasar Tanjung Mas, Rangae untuk pulang ke rumah.

Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Rangae Left. Pol. Worapol Sukkaew berkata suspek melepaskan dua das tembakan masing-masing tepat pada dada kedua-dua mangsa yang merupakan pekebun.

"Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Motosikal mangsa turut dilarikan suspek," katanya.

Beliau berkata polis sedang mempergiatkan usaha untuk menjejaki pihak yang terlibat.

"Polis telah membuat sekatan jalan untuk menjejaki suspek," katanya.

-- BERNAMA