Siklon Bulbul: Enam maut, 36 nelayan hilang

Siklon Bulbul dengan kelajuan angin hingga 130 kilometer sejam mula membadai Bangladesh pada Ahad.

Susulan amaran siklon itu, ribuan penduduk tempatan sudah dipindahkan ke pusat pemindahan. Foto Twitter/Twitter @ians_india | Astro Awani
SIKLON Bulbul dengan kelajuan angin hingga 130 kilometer sejam mula membadai Bangladesh pada Ahad.

Susulan amaran siklon itu, ribuan penduduk tempatan sudah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Bagaimanapun, siklon itu dilaporkan mula reda ketika membadai kawasan pantai barat daya negara itu dan membawa hujan lebat.

Setakat ini, enam mangsa dilaporkan maut manakala 36 nelayan dilaporkan hilang manakala 30 penduduk tempatan alami kecederaan dan lebih 6,000 kediaman musnah akibat angin kencang.

BACA: Taufan Bulbul dijangka badai Bangladesh malam ini, ratusan ribu dipindahkan

Lima daripada enam mangsa meninggal dunia akibat dihempap pokok tumbang termasuk seorang wanita warga emas.

Menurut pihak berkuasa, siklon itu dijangka akan membadai di kawasan Pulau Sagar di bahagian selatan negara India barat di Bengal.

Siklon itu juga menyebabkan daerah pantai dibanjiri air setinggi dua meter.

Beberapa kawasan di bahagian timur laut India juga dijangka akan dibadai siklon Bulbul dan langkah-langkah pencegahan sudah mula dilakukan.