Sebahagian sekolah di England dibuka semula

Murid-murid Tahun 1 dan Tahun 6 kembali semula ke sekolah selepas 10 minggu diarahkan duduk di rumah susulan pandemik COVID-19.

Seorang guru sedang mengajar anak muridnya di sebuah sekolah di Watlington Primary School selepas sekolah dibuka semula pada 1 Jun 2020. | Astro Awani
Sebahagian sekolah di England mula dibuka semula kepada beberapa kumpulan pada Isnin.

Murid-murid Tahun 1 dan Tahun 6 kembali semula ke sekolah selepas 10 minggu diarahkan duduk di rumah susulan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, tinjauan National Foundation for Education Research menunjukkan 46 peratus ibu bapa memilih untuk menjaga anak-anak di rumah.

Kajian dibuat berdasarkan respons 1,200 ibu bapa di sekolah rendah.

Antara lain, sebagai sebahagian daripada langkah pelonggaran sekatan di England, maksimum enam orang kini boleh bertemu di luar rumah dan acara sukan boleh dimulakan semula tanpa penonton.

Pasar terbuka juga boleh kembali beroperasi, menyaksikan sekitar 2.2 juta orang yang tertekan kerana terpaksa berkurung dalam rumah kini dapat meluangkan masa di luar.