Koronavirus: 65 lagi korban, angka kematian meningkat kepada 492

Peningkatan tersebut melihatkan satu rekod harian untuk kematian di rantau tersebut.

Terbaharu terdapat 3,156 lagi dikesan di wilayah Hubei menjadikan rekod keseluruhan di wilayah itu 16,678 kes. -Foto AP | Astro Awani
SEMAKIN hari wabak koronavirus dilihat semakin serius.

Jumlah korban kematian koronavirus di wilayah Hubei, China menunjukkan peningkatan sehingga 492 kematian.

Itu merupakan jumlah terkini selepas 65 kematian dilaporkan pada Selasa oleh Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Hubei.

Peningkatan tersebut melihatkan satu rekod harian untuk kematian di rantau tersebut.

Terbaharu terdapat 3,156 lagi dikesan di wilayah Hubei menjadikan rekod keseluruhan di wilayah itu 16,678 kes.

Terbaharu, Pengerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengesa semua negara anggota agar mempertingkatkan komunikasi bagi memperbaik pertukaran informasi berkaitan wabak koronavirus.

Menurutnya, daripada 176 kes yang dilaporkan di luar China setakat ini, hanya 38 peratus yang menyerahkan laporan lengkap.