Dua lagi individu dikesan positif koronavirus di Taiwan

Dengan perkembangan terbaharu itu, Taiwan kini mencatat tiga kes setakat ini membabitkan virus berkenaan.

TAIPEI:Kementerian Kesihatan Taiwan mengesahkan dua lagi kes jangkitan novel koronavirus di negara itu yang dikesan pada Jumaat.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Taiwan kini mencatat tiga kes setakat ini membabitkan virus berkenaan.

Dua kes terbaharu itu dikesan membabitkan dua individu yang memasuki negara itu secara berasingan pada 21 Januari lalu.

Kedua-dua mereka dipercayai pernah menetap di bandar Wuhan, China dimana virus itu dipercayai mula tersebar pada Disember tahun lalu.

BACA: Tiga individu sudah disahkan dijangkiti virus Wuhan di Singapura

BACA: Thailand sahkan kes novel koronavirus kelima

BACA: Koronavirus: China catat 26 kematian

Menteri Kesihatan dan Kebajikan negara itu, Chen Shih-Chung berkata negara itu ketika ini telah meningkatkan lagi tahap amaran terhadap ancaman virus berkenaan.

Ia berdasarakan jumlah yang dikumpulkan setakat ini oleh Pusat Kawalan Penyakit Taiwan (DCD), terdapat sejumlah 168 kes yang telah dilaporkan, dengan tiga daripadanya didapati positif.

Manakala 42 daripadanya disyaki mempunyai simptom penyakit berkenaan dan 123 kes sedang menunggu keputusan ujian.