COVID-19: Korban seluruh dunia kini 340,000

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 96,000 kes.

AS kekal negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 96,000 kes. -REUTERS | Astro Awani
ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi 340,000 kes.

Menurut statistik dari Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 96,000 kes.




United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 36,000 dan 32,000 kes.

Manakala negara keempat dan kelima adalah Sepanyol dan Perancis dengan masing-masing merekodkan 28,000 kes.