COVID-19: Kes positif seluruh dunia lepasi 11.03 juta

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Sabtu mencecah 11.03 juta kes.

Anggota bomba yang memakai sut perlindungan diri melakukan semburan nyah kuman susulan penularan COVID-19 di kawasan Tugu Peringatan Negara di Jakarta, Indonesia, 17 Jun, 2020. REUTERS/Fail | Astro Awani
JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Sabtu mencecah 11.03 juta kes.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.79 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.54 juta kes.

Jangkitan di Rusia pula melepasi 666,000 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 625,000 kes dan Peru dengan 295,000 kes.

United Kingdom pula catat 285,000 kes.

Lima lagi negara catat angka melebihi 200,000 ialah Sepanyol, Itali, Mexico, Iran, Pakistan, Perancis, Turki dan Arab Saudi.

Di peringkat Asia Tenggara, Indonesia tertinggi dengan jumlah kes COVID-19 lebih 60,000 kes, diikuti Singapura dengan 44,000 kes.