COVID-19: Itali catat kematian pertama

Mangsa merupakan seorang warga emas berusia 78 tahun yang tinggal di Padua.

COVID-19: Itali catat kematian pertama | Astro Awani
ITALI mencatat kematian pertama akibat COVID-19, lapor portal berita tempatan Ansa pada Sabtu.

Mangsa merupakan seorang warga emas berusia 78 tahun yang tinggal di Padua.

Ini merupakan kematian kedua di benua Eropah akibat jangkitan virus itu.

Terdahulu, pegawai kesihatan Itali mengumumkan penambahan 14 kes baru COVID-19 yang juga dikenali sebagai koronavirus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 17.

Kerajaan Itali sebelum ini mengumumkan pengasingan bagi semua kontak pesakit.

Setakat ini, 250 orang dilaporkan diletakkan dalam pengasingan.