COVID-19: Iran wajibkan pemakaian pelitup muka

Imej pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei memakai topeng turut diterbitkan kerajaan bagi menggalakkan rakyat berbuat demikian.

Peraturan baharu ini mewajibkan pengguna pengangkutan awam atau mereka di tempat awam memakai pelitup muka. -AP | Astro Awani
Iran mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi mengawal jangkitan COVID-19.

Peraturan baharu ini mewajibkan pengguna pengangkutan awam atau mereka di tempat awam memakai topeng muka.

Iran mencatat kematian tertinggi dalam sehari dengan 163 kes pada Ahad.

Imej pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei memakai pelitup muka turut diterbitkan kerajaan bagi menggalakkan rakyat berbuat demikian.

Peraturan baharu ini juga dianggap satu titik perubahan buat Iran.

Republik itu masih bergelut dengan perintah sekatan dan keperluan membuka semula ekonominya.

Ramai bimbang kes jangkitan dan kematian Iran sebenarnya lebih tinggi berbanding angka rasmi yang dilaporkan.